Isnin, 20 Disember 2010

Dosa seorang isteri

Setiap masa bercerita tentang itu ini... semuanya menyebabkan si suami tertekan dan rasa bersalah terhadap isteri kerana tidak mampu memenuhi apa yang dihajati. Si isteri tidak menghiraukan status kewangan dan kemampuan si suami. Apa yang diingini adalah itu dan ini. kalau boleh apa saja yang orang miliki, ingin juga menjejaki sedangkan hakikatnya tiada kemampuan pada si suami. Astagfirullahal'Aziim...

 

Tidak cukup dengan peralatan dirumah ingin dipenuhi segenap sudut, tak puas-puas meminta nak ke hulu ke hilir pula. Pantang dengar saudara, kawan dan jiran bersalin, terus minta beli hadiah yang mahal sebagai buahtangan semasa menziarahi. Bila suami beri kebebasan berbelanja, si isteri ambil kesempatan order itu dan pesan ini... MasyaAllah. Ucaplah Astagfirullahal'Aziim...

 

Apa kesannya? Si suami menjadi serba salah dan malu dengan perangai si isteri yang dicintai. Air muka jatuh bila dihimpit hutang keliling pinggan. Hidup sudah tidak seindah yang dibayangkan. Keceriaan jarang sekali dilihat dari muka si suami, apa yang bermain difikiran adalah hutang, hutang dan hutang. Ada juga si suami yang bersusah payah menghadapi segalanya dan berlagak ok, seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku demi menjaga airmuka diri sendiri dan juga si isteri  di mata sanak-saudara dan masyarakat sekeliling. Namun jauh di sudut hati amat sesal dan risau dengan karenah si isteri yang dicintai. 

 

Amatlah indah jika si isteri bersikap 'qanaah' (cukup dengan apa yang ada) dan bersikap sederhana. Kelurga pasti akan ceria, aman, bahagia dan dipuncak jaya. Tiada hal lain yang diutamakan selain kasih sayang dan juga hubungan romantis dan saling menghormati.

 

Sekian, nukilan ringkas buat renungan insan yang bernama isteri dari seorang suami yang cintakan keharmonian dalam femli. Doa kebahagian buat semua si suami dan juga si isteri yang romantis dan saling hormat menghormati... Ameen.